Thursday, August 27, 2009

RAHSIA DOA DIMAKBULKAN

Rasulullah pernah berkata kepada Saad Abi Waqash:
"Bersihkan(pastikan halal dan suci)makananmu, nescaya doamu di perkenankan.

PERINGATAN NABI

"Sesiapa yang berwaspada Terhadap Perkara-Perkara Yang Diragui (SYUBHAH), Maka dia telah memelihara agama dan kehormatan dirinya dan sesiapa yang setuju dengan perkara
SYUBHAH, maka dia akan tunduk kepada perkara yang dilarang."


BALASAN MENGGUNAKAN PRODUK HARAM


Nabi bersabda yang bermaksud:
"Tidak akan masuk syurga daging yang tumbuh daripada yang haram, api neraka lebih layak baginya."
(RIWAYAT AHMAD BIN HANBAL)


AMALAN DITOLAK


Maksudnya:"Hai Saad! baguskanlah makananmu,nescaya doamu akan dimakbulkan.Demi Muhammad di tanganNya.sesungguhnya seorang hamba yang menyuapkan makanan haram ke perutnya, Allah tidak akan terima amalnya 40 hari dan sesiapa yang tumbuh dagingnya(membesar) daripada yang haram, maka api neraka lebih layak baginya."
(HADIS RIWAYAT At TABRANI)







Mencari Yang Halal Itu Fardu

" Wahai manusia, makanlah sebahagian makanan yang ada di bumi ini yang halal dan baik"
( SURAH AL-BAQARAH : 168 )

"Wahai orang-orang yan beriman makanlah kamu daripada yan baik-baik, apa yang telah Kami kurniakan untukmu"
( SURAH AL-BAQARAH : 172 )

"Makanlah daripada yang baik-baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu"
(SURAH AL A'RAF : 160 )

PESAN IMAM AL-GHAZALI.........

" Jika kita ingin anak kita menjadi soleh, bijaksana dan berguna, berikanlah ia makanan daripada rezeki yang halal sejak ia lahir. Makanan yang halal selain menjadikan anak kita berguna, boleh menjadikan mental mereka pintar dan cergas.
Sebaliknya anak akan menjadi derhaka terhadap kita jika ia diberikan makanan yang haram dan kotor."

PUNCA DOA TIDAK DITERIMA

Nabi bersabda yang bermaksud: "Akan datang kepada manusia suatu zaman, seseorang itu tidak peduli apa yang diambilnya itu daripada yang halal atau haram. Maka tidak dimakbulkan doa mereka."
( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sunday, August 23, 2009

PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG HPA DI SRI IMPIAN JASIN ( 15 -16 OGOS ).

Alhamdulillah akhirnya Allah mudahkan aku untuk meneruskan perjuangan ....melalui platform HPA bagai kembali dari tidur yg lena. Sejak 5 tahun kembali ke ' tanah tumpah negaraku' ini aku bagai hidup segan mati tak mahu dek keadaan sekeliling. Apakan daya ketahanan diri menguji perjuanganku.