Friday, September 4, 2009

Free Hit Counters

Free Counter

Selamat Datang Ke Laman Sahabat

UMMU AMAN

“Mencari Yang Halal Itu Fardhu Bagi Setiap Muslim”

Adakah anda masih tercari-cari produk HALAL keluaran umat Islam di pasaran? Ingin menambah pendapatan dengan menyertai perniagaan rangkaian produk HALAL ?

Mari Bersama Kami Menjadi Pengguna, Pengamal Dan Usahawan Perniagaan Rangkaian Produk Halal HPA

Kenali HPA

Jika anda pernah mengenali jenama Radix di pasaran, anda seharusnya mengetahui bahawa HPA adalah syarikat yang mengeluarkan produk ini. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida. Syarikat ini diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada 15 Julai 1995 dan merupakan sebuah syarikat tempatan dan 100% milik bumiputra Muslim. HPA sangat komited dalam mengeluarkan produk-produk Halal berupa makanan kesihatan berasaskan herba, produk makanan & minuman Halal, produk kegunaan harian dan produk kosmetik.

Produk HPA adalah produk yang paling banyak diminati di pasaran kerana harganya yang sangat berpatutan, berkualiti tinggi, mujarab dan selamat digunakan. Sehingga kini HPA telah mengeluarkan lebih 200 jenis produk dipasaran dan ianya semakin bertambah dari masa ke semasa.

CIRI-CIRI PRODUK HERBA HPA:

  • Dikilangkan mengikut standard “Good Manufacturing Practice” (GMP).

  • Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

  • Menggunakan 100% herba.

  • Tidak mengandungi sebarang bahan kimia.

  • Tidak mengandungi steroid.

  • Melepasi ujian had kandungan logam berat.

  • Melepasi ujian had Mikrob.

  • Melepasi ujian had kecairan.

  • Berkesan dan mujarab, bersih lagi suci.



Peluang Perniagaan Bersama HPA

HPA menawarkan peluang perniagaan yang cukup menarik dan anda pasti mampu menjana pendapatan lumayan melaluinya, InsyaAllah. Produk-produk HPA dipasarkan melalui anak syarikat HPA, Al-Wahida Marketing Sdn Bhd menggunakan kaedah pemasaran berbilang aras (Multi Level Marketing).

Perniagaan MLM HPA telah mendapat pengiktirafan sebagai MLM Syariah daripada Biro Konsultansi Majlis Ulama Indonesia dan HPA juga mempunyai Panel Syariah sendiri yang bertindak memantau segala aktiviti perniagaan HPA dari segi penyediaan produk dan konsep perniagaan yang digunakan. Ahli panel ini terdiri daripada para ahli akademik, pensyarah, professor dan ahli agama.

HPA turut menyediakan kursus keusahawanan dan perawatan herba yang mantap kepada semua ahli untuk melahirkan usahawan yang hebat dan juga perawat yang terlatih. Plan pemasaran HPA yang dirangka mampu memberi pendapatan lumayan dan ianya terbukti dengan lahirnya ramai usahawan HPA dengan pendapatan 4, 5 angka sebulan.

Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi / sms saya :

ZURAIDA BINTI MANAF

014-2603870 / 06-2332625

KELEBIHAN PERNIAGAAN HPA:

  1. Keahlian HPA hanya RM30 seumur hidup. Tiada yuran tahunan.

  2. Ahli mendapat diskaun 20-25% untuk semua produk.

  3. Belian minima hanya 50 Nilai Mata (NM) setiap bulan untuk layak mendapat bonus.

  4. Kepelbagaian jenis produk (kesihatan, harian, makanan, minuman, kosmetik dll)

  5. Produk berteraskan harga ihsan, murah dan mudah dipasarkan.

  6. Program ‘Perkongsian Bijak Cemerlang’ (PBC) untuk melahirkan usahawan cemerlang dengan pendapatan 5 angka sebulan.

  7. Program 'Perkongsian Ilmu Cemerlang' (PIC) & Sijil Herbalis untuk menjadi perawat dan herbalis.

  8. Peluang mempelajari ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi, kiropraktik, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, iridologi (anak mata), lidah dan denyutan nadi.

  9. Ribuan stokis dan ratusan cawangan HPA di seluruh Malaysia.

  10. Tawaran 11 jenis ganjaran bonus lumayan melalui pelan pemasaran yang begitu mudah, adil dan sukses. Tiada penurunan pangkat dan peratusan bonus serta tiada group sales maintain!

  11. Ahli boleh melabur dalam Koperasi HPA untuk mendapatkan keuntungan.

  12. HPA mengiklankan produknya seperti Kopi Radix, Radix Cola, Sarsi, Cereal di TV3, TV9, akhbar harian, pengangkutan awam dan di papan-papan iklan.

  13. HPA mengeluarkan banyak produk kesihatan yang tentunya amat bermanfaat jika diamalkan oleh semua. Sebagai pengamal produk kesihatan HPA, insyaAllah anda akan mendapati tahap kesihatan anda menjadi semakin baik.

  14. Ahli akan mendapat NM dengan berbelanja di Restoran Radix Fried Chicken (RFC), Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC), Restoran Radix Organic Recipe (ROR), Radix Chicken House (RCH), menggunakan perkhidmatan Dobi Toharah dan menginap di Hotel HPA.

  15. Setiap bulan HPA akan menginfakkan sebahagian keuntungan kepada pertubuhan kebajikan, maahad tahfiz dan rumah anak yatim.

  16. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan seperti semua pekerja diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja.

  17. Ahli akan mendapat diskaun sehingga 50% apabila menginap di mana-mana rangkaian Hotel D'Palma.



Mari Bermuamalah Bersama Kami

Marilah bersama-sama kami menjalankan muamalah yang unik serta berlandaskan syariat Islam ini. HPA telah membuka peluang yang seluas-luasnya untuk anda menjadi pengedar HPA bagi menjayakan perniagaan ini dan sudah tentu HPA menawarkan satu pendapatan yang bukan sahaja menarik dan lumayan tetapi yang paling penting adalah barakah.

Kenapa barakah? Pertama, sebagai Muslim sejati, HPA sentiasa memastikan perniagaan yang ditawarkan ini bebas sama sekali dari amalan riba. Kedua, HPA tidak akan bersyubahat dan akan memastikan sumber bahan mentah yang digunakan adalah tidak bertentangan dengan syarak.

Seterusnya HPA akan menentukan para pekerja dan pengedar mematuhi etika sebagai Muslim sejati supaya kita semua, InsyaAllah akan mendapat Perlindungan, Keberkatan dan Dimurahkan Rezeki dimana juga kita berada.

Marilah Bersama Perniagaan Umat Islam Terulung Di Era Ini. Pastinya Inilah Pilihan Anda!


Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC)

“JALAN PINTAS MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN,

5 ANGKA DALAM MASA 5 BULAN

MELALUI PROGRAM PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC) HPA”

1. Apakah Program Perkongsian Bijak Cemerlang?

Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) merupakan plan pemasaran yang diperkenalkan oleh HPA Industries Sdn. Bhd. melalui cetusan idea/kajian daripada pengedar-pengedar yang telah berjaya memperolehi pendapatan lumayan melalui syarikat HPA.

Plan pemasaran ini diperkenalkan bertujuan supaya pengedar-pengedar HPA memperoleh pendapatan lumayan dalam masa yang singkat; 5 angka dalam masa 5 bulan!

Program PBC berlangsung selama 2 hari 1 malam di semua lokasi terpilih (kebanyakannya di hotel) di seluruh Malaysia. Jadual program PBC secara bulanan boleh dilihat di laman web rasmi HPA iaitu www.hpa.com.my . Yuran PBC amnya ialah RM 180 sahaja namun ianya tertakluk kepada perubahan bergantung kepada penganjur program dan faktor lokasi.

2. Siapa Yang Perlu Hadir Ke PBC?

1) Ahli baru HPA.
2) Ahli HPA yang telah lama sertai HPA tapi tidak aktif dan tidak berpangkat.
3) Ahli HPA yang berminat untuk menjadi stokis.

3. Modul-Modul PBC

Antara modul yang akan diberikan adalah :

1. Kenali Syarikat.
2. Asas Plan Pemasaran MLM Syariah HPA
3. Bagaimana Nak Berjaya - Gerak Kerja 6 M
4. Eagle Eyes Sponsoring
5. Plan Tindakan melalui LDK
6. Teknik Demo
7. Produk Pilihan
8. Diagnosis Penyakit Melalui Tapak Tangan.
9. Asas Perubatan JAWI
10. Qiamullail.
11. Kuliah Subuh.
12. Senaman Pernafasan.
13. Bacaan Al Maathurat.
14. Motivasi Niaga.

Kini program PBC telah diswastakan kepada Pengarah Jati Setia (PJS) HPA. Dalam erti kata lain, PJS sendiri yang menganjur dan menguruskan perjalanan PBC di lokasi pilihan mereka. Modul-modul PBC menerapkan pelbagai ilmu MLM HPA kepada pengedar-pengedar baru untuk memulakan langkah yang tepat dan cepat untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan.

Selain menyasarkan jualan produk-produk HPA di serata Malaysia, program ini turut mendedahkan keistimewaan herba-herba yang terdapat dalam produk unggul HPA iaitu Kopi Pracampuran Radix. Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara membuat ‘Demo’ atau ‘Homeparty’ yang berkesan dan ini akan disusuli dengan perbincangan dalam kumpulan yang dikawal selia oleh PJS untuk mendapatkan strategi pemasaran produk dan pengurusan masa yang betul.

Apa yang membuatkan modul-modul ini berbeza dengan perniagaan MLM yang lain adalah penerapan Islamiah yang bermula dalam jiwa usahawan itu sendiri di mana ganjaran pasti menanti di hadapan di dunia mahupun di akhirat.

4. Ganjaran Dari PBC

Selain ilmu, kemahiran dan motivasi yang diperolehi dari program ini, ada ganjaran istimewa yang HPA tawarkan kepada peserta PBC iaitu kenaikan pangkat secara automatik. Kenaikan pangkat akan menyumbang kepada peningkatan bonus. 2 syarat utama yang membolehkan kenaikan pangkat ini ialah:

1) Peserta hadir ke PBC dan
2) Melakukan belian bersyarat 300 NM pada bulan yang peserta itu hadir program PBC atau pada bulan hadapannya. Peserta program PBC boleh mengumpul 300 NM sebelum ke program PBC melalui mana-mana agen stok.

Belian 300 NM hanya dilakukan sekali saja untuk PBC. Pada bulan-bulan berikutnya, anda hanya perlu maintain 100 NM untuk mendapatkan bonus bulanan.

Anda sebenarnya boleh mencapai apa jua kenaikan pangkat mengikut banyak mana jaringan yang anda hadirkan ke PBC. Jika anda hadir seorang sahaja, anda akan naik pangkat pertama, PLX. Dan misalnya anda membawa pula 6 orang ahli rangkaian anda ke PBC dalam satu-satu bulan, maka anda terus akan mencapai pangkat PJX dalam bulan tersebut. Rujuk senarai pangkat dan gambarajah di sini. Dengan syarat masing-masing juga membuat belian bersyarat 300 NM.

5. Plan Pemasaran 5 Angka Dalam Masa 5 Bulan Melalui PBC

Ingin pendapatan 5 angka melalui perniagaan HPA? Sudah semestinya bukan. Kini tiba masanya untuk kami dedahkan plan pemasaran terhebat HPA kepada anda. Sila rujuk gambarajah di bawah.




No comments:

Post a Comment